Friday, 8 June 2012

5 Langkah Berjimat Cermat untuk Pelajar Kampus

Tugas sebagai seorang pelajar kampus bukan lah sesuatu yg mudah. Selain menyiapkan tugas2 yg di berikan pensyarah anda , mengulangkaji, anda juga perlu pandai menguruskan wang dengan bijak. Anda boleh mempraktikkan 5 langkah berjimat cermat  mengikut keadaan kewangan anda selaku seorang pelajar.

Langkah 1 : Amalkan 10%
Menyimpan duit anda 10% pada setiap bulan. Contohnya, duit belanja bulanan anda RM500 tiap bulan, simpanlah RM50. Apabila anda mendapat duit pinjaman PTPTN/MARA anda perlu mnyimpan 10% dari jumlah asal untuk pelaburan masa akan datang.

Langkah 2 : Wujudkan Dana Kecemasan
Tidak dijangka jika berlaku kecemasan, seperti sakit, komputer rosak, masalah kewangan berlaku anda pasti berdepan dengan masalah. Oleh itu, dengan adanya wang kecemasan anda tidak risau lagi. Dana kecemasa hanya digunakkan untuk KECEMASAN SAHAJA !


Langkah 3 : Perbandingan Harga Semasa Membeli-belah
Perbandingan harga adalah satu langkah yg perlu lakukan oleh seorang pelajar agak tidak tertipu dan tidak membazir. Perbelanjaan perlulah mengikut kemapuan bukan mengikut nafsu ! Jadilah pelajar yg bijak berbelanja.


Langkah 4 : Kurangkan bil Elektrik anda
Ini selalu berlaku di kalangan pelajar yg suka melakukan pembaziran. Matikan suis elektrik apabila selesai digunakkan.

Langkah 5 : Gunakkan Kad Pelajar
Kad pelajar dapat membantu pelajar dalam usaha menyimpan wang. Anda boleh mengunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimataan yang dapat di perolehi.

Sebagai seorang pelajar anda haruslah menjalankan tugas anda yang berstatus pelajar. Insyallah jika anda benar2 ingin berusaha untuk memajukan diri anda dalam pengurusan wang ataupun apa sahaja anda pasti boleh... Jadilah pelajar yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi juga bijak dalam pengurusan wang anda. Tiada lagi masalah xcukup duit belanja, xcukup itu, xcukup ini... Segala-galanya terlebih cukup , tetapi terpulang kepada anda bagaimana anda menguruskan wang dan menahan sifat boros anda. INGAT! habis belajar anda ada lagi hutang yg perlu di selesaikan!! Sekian.





No comments:

Post a Comment